Showing posts with label Disebalik. Show all posts
Showing posts with label Disebalik. Show all posts
Thursday, 18 June 2015
Rahsia Dan Kebaikan Disebalik Surah AL-FATIHAH Yang Mungkin Tidak Diketahui Oleh Kita Semua !!!!
1 – AL-FATIHAH – Baca 14 kali sebelum tidur . Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu. Begitu juga bagi suami....
2 – AL-FATIHAH – Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman ....
3 – AL-FATIHAH – Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur Kepada orang berpenyakit mental....
Sunday, 24 May 2015
Rahsia Disebalik Demam
Apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar r.a. mengatakan yang maksudnya: “Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. dari Nabi SAW. Baginda bersabda yang maksudnya: “Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)
Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka.

Sunday, 17 May 2015
Tahukah Anda!! Ini Maksud Sebenar Disebalik Warna Air Kencing Yang Ramai Tidak Ketahui...
Selalunya, kita buat tidak peduli bukan?. Namun, tahukah anda bahawa setiap warna air kencing itu membawa makna dan maksud yang tertentu? Dan yang lebih penting, ia membawa maklumat penting pada tahap kesihatan? Silap-silap, kita sebenarnya ada penyakit yang kita sendiri tidak tahu.
Contohnya, jika air kencing putih jernih, ia bermaksud kita terlalu banyak minum air.
Kadang-kadang kencing merah menunjukkan penyakit buah pinggang atau jangkitan saluran kencing. Namun, ia juga mungkin bahawa anda baru sahaja makan makanan dengan pigmen tertentu. Sebagai contoh, makan bit boleh menyebabkan beeturia – lalu terjadi air kencing merah atau merah jambu kerana sebatian yang dikenali sebagai betanin sayuran.
Infografik warna air kencing
Air kencing manusia bukan sekadar najis dan kotoran semata-mata. Allah telah ciptakan air kencing sebagai satu ‘cecair‘ berguna untuk diagnosis sejak zaman permulaan perubatan. Lihat, tidak ada ciptaan Allah yang sia-sia!
Warna, ketumpatan, dan bau air kencing boleh mendedahkan banyak tentang keadaan kesihatan kita. Di sini, adalah beberapa perkara yang boleh kita pelajari dari warna air kencing. Perkara yang selalu kita abaikan.
Sumber infografik dari Klinik Cleveland di bawah ini sangat berguna. Ia memberikan informasi dalam bentuk grafik tentang warna air kencing. Sudah tentu, jika anda bimbang tentang warna air kencing anda, disyorkan agar segera berjumpa doktor berdekatan dengan rumah untuk pemeriksaan lanjut.
Wednesday, 6 May 2015
Hikmah Disebalik Larangan Meniup Air Minuman

Nabi saw bersabda, “Apabila kamu minum, janganlah bernafas di dalam bejana (bekas minuman) atau meniupnya". (HR Bukhari)
Kajian mengatakan bahawa apabila kita meniup makanan, karbon dioksida yang sepatutnya dikeluarkan dari badan akan melekat pada makanan/minuman dan masuk semula ke dalam badan. Udara ini tidak sepatutnya masuk semula ke dalam badan kerana ia akan menyebabkan tulang rapuh, lemah badan dan pelbagai masalah lagi.
Di sebuah Majlis Kimia di Indonesia, ada yang menjelaskan secara teori, apabila kita hembus nafas pada minuman, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide dan apabila bercampur dengan air H20, ia akan menjadi H2CO3 (asid karbonat), iaitu sejenis dengan cuka dan menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Ini membahayakan tubuh kita.
Friday, 1 May 2015
Rahsia Disebalik Demam Yang Mugkin Anda Tak Tahu
Apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar r.a. mengatakan yang maksudnya: “Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. dari Nabi SAW. Baginda bersabda yang maksudnya: “Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar r.a. mengatakan yang maksudnya: “Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. dari Nabi SAW. Baginda bersabda yang maksudnya: “Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)
Wednesday, 29 April 2015
Rahsia Disebalik Lesung Pipit
Bukan semua orang dilahirkan dengan lesung batu pipit di wajahnya. Lesung pipit atau lekuk kecil pada pipi seseorang dianggap sebagai penambah seri wajah tidak kira lelaki ataupun perempuan. Tahu rahsianya? Ini serba sedikit bagaimana atau kenapa mereka mempunyai lesung pipit.
Di bawah kami paparkan serba sedikit fakta terperinci tentang lesung pipit.
Ada masyarakat percaya lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan hujung cili ke pipi bayi. Ini tidak benar kerana lesung pipit terjadi akibat variasi pada otot muka. Lesung pipit boleh muncul di kedua-dua belah pipi atau hanya di salah satunya sahaja dan biasanya akan terlihat dengan jelas pada wajah seseorang ketika mereka tersenyum, tertawa atau bercakap.
Sebab paling biasa terjadinya lesung pipit adalah kerana kecacatan pada otot muka – otot yang terhasil pendek. Sedikit sebanyak menjelaskan mengapa lesung pipit pada muka tidak sentiasa kelihatan apabila seseorang itu dalam keadaan rehat (pegun) kerana ketika itu otot yang ‘cacat’ ini biasanya dalam keadaan asalnya (pendek). Tindakan seperti senyum akan memaksa otot tadi bekerja menyebabkan kulit muka tertarik dan lekukan akan kelihatan.
Sesetengah kes, otot yang terhasil pendek ini boleh meregang perlahan-lahan mengikut perubahan masa. Itulah sebabnya ada orang yang mempunyai lesung pipit ketika mereka masih muda sahaja tetapi ia sudah tidak kelihatan apabila mereka semakin berusia.
Jika salah seorang daripada pasangan suami isteri mempunyai lesung pipit, 25-50% kebarangkalian anak yang bakal lahir akan mewarisi lesung pipit. Jika kedua-dua mereka mempunyai lesung pipit, kebarangkalian tadi akan meningkat kepada 50-100%. Ia merupakan ‘kecacatan’ yang mudah diturunkan kepada keturunan masing-masing.
John Travolta – ikon “lesung dagu”
Lesung pipit/pipi dalam Bahasa Inggeris disebut dimple/+s juga boleh terbentuk pada bahagian badan yang lain, contohnya bahagian dagu dan punggung.
Subscribe to:
Posts (Atom)