Wednesday 17 June 2015

Satelit TRMM Dijangka Jatuh di Malaysia






SHAH ALAM - Sebuah satelah yang dicipta bagi mengesan hujan oleh Nasa dan Jepun diramalkan akan jatuh ke bumi esok, lapor laman web rasmi NASA.





Satelit yang diberi nama TRMM itu bertujuan untuk mengukur jumlah hujan di bumi kini berada 100 kilometer daripada bumi.








Menurut NASA lagi, kedudukan satelit itu sentiasa dipantau oleh mereka bermula April lalu.







“Kebanyakan satelit dan kapal angkasa yang memasuki atmosfera bumi akan terbakar, dan ia tidak boleh dikawal,







“Pusat Operasi Angkasa Lepas akan mengeluarkan ramalan berkala tarikh kemasukannya, namun lokasi sebenar kawasan kejatuhannya tidak dapat diramalkan, TRMM hanya akan jatuh ke kawasan tropika antara 35 darjah Utara dan latitud 35 darjah latitud Selatan,” memetik laporan dari Sinar Harian.





Dalam laporan berkaitan, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, Dr Noordin Ahmad berkata, NASA sentiasa memberi maklumat terkini tentang satelit tersebut kepada seluruh agensi angkasa dunia termasuk Malaysia.





“Pihak Nasa akan sentiasa mengemaskini maklumat mereka setiap tiga jam, kerana sekarang pihak Nasa sendiri tidak pasti keberadaannya.







“Kalau ikut rekod selama ini tidak pernah berlaku di mana manusia terkena pada bahan-bahan serpihan-serpihan ini sepanjang sejarah satelit masuk kedalam bumi ini , kalau ikut Nasa peratusan itu hanya dua peratus, kerana kebanyakkannya akan jatuh kedalam laut.







“Oleh itu rakyat Malaysia tidak perlu panik, tidak ada yang pernah berlaku terkena pada serpihan tak pernah lagi!... rekod terdahulu satelit yang jatuh dekat dengan Malaysia adalah di utara Lautan Hindi, Australia kawasan itu berhampiran Malaysia dan Indonesia," katanya





No comments:

Post a Comment