Jika anda teringin untuk mencuba roller coaster tetapi tidak begitu berani untuk berdepan dengan risiko tercampak dari landasan, mungkin anda boleh mencuba menaiki sebuah jambatan yang berketinggian 44m di Jepun ini.
Jambatan Eshima Ohashi dianggap unik kerana mempunyai kecuraman yang agak lebih berbanding jambatan-jambatan biasa sehingga ia dilihat seperti sebuah roller coaster.
Dibina berdekatan dengan Tasik Nakaumi, ia merupakan jambatan ketiga terbesar didunia dan setiap sisinya mempunyai sudut curam sebanyak 6.1% dan 5.1%.
No comments:
Post a Comment