Thursday, 30 April 2015

Kisah Wanita Diseksa Ketika Dalam Koma

Tidak semua orang berpengalaman merasai saat ketikakoma. Apabila seseorang itu koma, maka boleh dikatakan ia seperti menunggu untuk menghadap Ilahi. Namun begitu, soal ajal dan maut hanyalah kententuan dari Allah SWT. Kali ini ingin berkongsi satu cerita  tentang seorang wanita yang sering mendedahkan aurat. Dalam koma tersebut, dirinya telah diseksa sehingga tidak tertahan rasanya. Semoga cerita ini dijadikan iktibar untuk kita semua.

lubang
Sekadar gambar hiasan

Sebaik mencapai kunci motor, Rozita Rashid, 32,bergegas menuruni tangan rumahnya yang terletak di tingkat dua,sebuah apartmen di bandar tasik puteri,rawang selangor.”okey,ayie jom,kita pergi! ajak rozita kepada salah seorang angah saudaranya rozita naik ke atas motor kapcainya.enjin di hidupkan.kemudian , si ayie pula naik menbonceng di belakang rozita.

Sejurus masuk gear , minyak di pulas rozita  terus memecut motor.destinasinya,mahu singgah di sebuah kedai runcit tidak jauh dari kawsan rumahnya bagi membeli keperluan dapur .lima minit perjalanan ,rozita melalui sebuah jalan besar yang di kiri kanannya adalah butan belukar.

Tiba-tiba…..srreeetttttt dammmm!!! motosikal yang dinaiki rozita melambung ,tubuhnya terpenlanting di bahu jalan.
apa yang berlalu…???tubuh rozita langsung tidak bergerak-gerak setelah terhempas di atas jalan . dia tidak sedarkan diri..!!

Aku di mana.?? rozita tertanya-tanya sendirian. kawsan itu begitu asing ,suasana kelam,tapi berkabus . rozita dan belakang. ah ,langsung tiada arah hendak dituju , tiada kelibat manusia seorang pun! tiada sesiapa. aku di mana..?? cetus rozita lagi .kenapa tiada sesiapa disini.??mana suami aku.??mana anak-anak aku.??soalan itu bertubi-tubi menerjah kotak fikiran rozita.

Tiba-tiba dari sebelah kanan dan kiri rozita , nampak cahaya yang datang menuju ke arah nya . semakin cahaya itu mendekat ,semakin lebar jalurnya .dan kemudian , daripada cahaya itu ,muncul dua orang lelaki di sebelah kanan dan kiri rozita . di sebelah kanan,lelaki tua berjubah putih bersih . jangutnya jua putih ,panjang hingga keparas dada.wajah lelaki itu berseri-seri dan bercayaha .juga berbau wangi, semerbak harum kesturi. kemuadian ,rozita tercium bau yang busuk ,bagaikan bau bangkai haiwan .rozita menoleh ke sebelah kiri,arah bau itu datang.

Kelihatan seorang lelaki tua  ,juga berjubah tetapi compang camping . jubahnya amat  buruk ,kotor dan koyak rabak . Wajah lekaki itu juga kotor ,bagaikan terpilit tanah lumpur. Riak wajahnya nampak bengis dan menakutkan. rozita segera memalingkan muka ,tidak berani melihat wajah lelaki sebelah kirinya .rozita tertanya-tanya, siapakah gerangan kedua-dua lelaki yang berdiri  di sampingnya .dia tidak kenal  mereka.kenapa mereka ada di sini..?

Persekitaran yang tadinya berkabus mulai kelam .dihadapan rozita ,tiba-tibamuccul satau cahaya terpampang luas bagaikan sebuah skirn besar di dalam panggung. kemudian ,perlahan-lahan muncul satu tayangan .kelihatan sebuah fetus  di dalam rahim si ibu. Fetus itu kemudian membesar ,membentuk jalin manusia yang cukup sifat .selepas itu kelihatan ibu rozita dengan perut yang sarat.menanti hari untuk melahirkan. akukah didalam perut yang sarat itu..??soal rozita pada diri sendiri.

“Ya ,itu adalah kau..! tiba-tiba lelaki berjubah di sebelah kanan rozita  menjawap ,bagaikan mendengar soalan rozita .suaranya begitu kuat ,bergema di teliga. rozita terus memerhati skrin di hadapannya, tak ubah bagaikan menonton sebuah filem. Dari dalam perut ,rozita kemudian dilahirkan dia melalui alam kanak-kanak kemudian peringkat remaja segala liku perjalanan hidup rozita di tayangkan pada skrin itu.

“Itu adalah kau!” kata lelaki berjubah sebelah kanan rozita apabila terpampang seorang gadis sunti memakai skirt pendek paras paha dengan baju bertali halus tidak berlengan ,menampakkan alur dada yang mekar . kemudian ,satu persatu aksi pakaian rozita ditayangkan .bagaikan pentunjuk fesyen .ada yang berskirt pendek, seluar pendek, baju sentiasa tidak berlengan malah acapkali sekadar memaki tube sahaja seksi! memang seksi! fesyen  yang di gayakan rozita harus  menampakkan pahanya yang mulus dan alur dada yang mekar terpampang senyuman pada riak wajah rozita dalam tayangan itu tanda banggadengan kecantikan nya sebagai perempuan apabila ramai mata lelaki yang melirik tergoda dengan tubuhnya yang seksi “sungguh kau bangga penampilan begitu .

Tidakkah kau ingat akan perintah-NYA.??tanya lelaki berjubah putih di sebelah kanan rozita lagi. belum sempat rozita menjawap ,lelaki compang-camping di sebelah kirinya pula bersuara ::kau tak perlu takut .kan lebih baik begitu .kau juga gembira dengan penampilan itu kan .semua mata memandang dan terus memuji.Seharusnya kau terus begitu .barulah semua orang tak berkelip apabila melihat kau!”

“kau suka begitu..?? tidakkah kau ingat balasan ALLAH..??”tempik lelaki di sebelah kanan pulak mengingatkan. Tapi lelaki di sebelah kiri terus mencelah : “ah kau persetankan semua itu .Yang penting ,kau puas dan gembira dengan apa yang kau lakukan!” rozita bertambah runsing apabila mendengar kedua-dua lelaki di sampingnya bertelagah.

“aku tak mahu dengar !”pekik rozita sambil menekup kedua-dua belah teliganya

Rozita memejam mata nya .tak sanggup dia melihat tayangan di hadapannya itu ya!rozita akui gadis itu adalah dirinya sendiri.

“Cuba kau lihat lagi!”rozita kembali membuka mata setelah mendengar arahan lelakiberjubah di sebelah kanannya pada skrin itu kelihatan suami yang di kasihinya merayu-rayu.

Berubahla ita tutup aurat .abang malu merdosa!” nasihat suaminya dalam tayangan itu  ,tetapi rozita buat-buat tak penduli .

Kemudian muncul ketiga-tiga anak yang disayanginya .anak-anaknya jugak merayu:”mama ,pakailah tudung .malulah kawan-kawan adik tengok mama macam ni”.

Tapi rozita buat-buat takendah juga dengan rayuan anak-anaknya. selepas itu ,muncul pula seorang wanita tua .rozita kenal dengan wanita itu ,dia salah seorang jiran di kawasan tempat tinggalnya. Sama seperti suami dan anak-anaknya,wanita itu menasihatinya :”nak ,janganlah pakai seksi macam ni . Tak elok orang pandang. Lagi pun anak dah bergelar isteri dan ibu ,tak sesuai pakai macam ni!”

Tapi ,bukan ucapan terima kasih yang diberi rozita ,sebaliknya dia melenting memarahi wanita tua itu semula .

“makcik tak payah sibuk pasai saya .kubur kita lain .kubur saya ,biar saya yang jaga!” rozita terkedu apabila melihat semula adegan dalam tayangan di skrin itu .terbit rasa bersalah dan insaf dalam dirinya .hatinya mula sebak,titisan jernih mulai mengalir di pipinya .

“kenapa kau harus sedih..?? kan bagus macam tu .pedulikan apa mereka nak kata .yang  penting kau selesa dengan apa yang kau pakai .bukan mereka yang beri duit untuk kau beli pakaian!” lelaki compang-camping di sebelah kiri rozita tiba-tiba bersuara .

lantas lelaki di sebelah kanan pula berkata :”kau masih ingin terus begitu.?kalau terus begitu kami tidak akan beri kau peluang  lagi .cukuplah sampai di sini .tak perlu kau kembali ke dunia lagi tiada keampunan untuk wanita seperti kau!”
tidakkk !tidakkk !…tolongggg !aku mahu berubah .tolong beri aku satu peluang terakhir .aku masih sayangkan suami dan anak-anak aku .aku berjanji ,aku akan berubah ,”rayu rozita dalam esak tangisnya pada lelaki berjubah putih sebelah kanannya.

“buat apa kau dengar kata-katanya .kau akan terikat dengan segala syarat .itu tak boleh ,ini tak boleh ,kau tidak akan bebas ,”hasut lelaki berbaju compang camping di sebelah kiri pula.

“diam !aku tak mahu dengar kata-kata kau lagi !”jerit rozita pada lelaki compang camping itu .
rozita segera terbayangkan wajah suaminya ,terkenang anak-anaknya yang sedang membesar .tidak sangup rozita meninggalkan mereka .

“ya! aku yang bersalah .aku lupa pada larangan-MU ya ALLAH tubuhku didedahkan untuk tontonan umum.aku juga tidak kenalsejadah .tidak pernah sujud kepada-NYA .sering kali suami mengajaka untuk menjadi imamku tidak endahkan perintahNYA ,”kata rozita terus menangis.

tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat ,bagai halilintarrozita terkejut .tayangan gambar di hadapan nya gelap seketika .kemudian ,muncul pula FILEM lain dan kali ini pelakonnya adalah diri rozita sendiri . dalam tayangan itu ,kelihatan rozita berasa di sebuah kawasan yang dikelilingi api .tayangan itu turut disertakan dengan bunyi yang menakutkan.
antara nya bunyi api yang mengganas sedang terbakar dan juga bunyi air yang mendidih .ia turut disertai bunyi lolongan dan jeritan manusia ,seolah-olah seperti mereka sedang di seksa. rozita nampak dirinya sedang terbaring dalam tayangan itu ,kemudian ,datang seorang lelaki bertubuh besar dan berwajah bengis .

Lantas dia mencekak rambut rozita lalu mengheret tubuh kearah sebuah kolam kecik .rozita menjerit-jerit minta dilepaskan .rasa hendak tercabut kepalanya apabila di tarik dengan ganas sedemikian rupa . tetapi lelaki itu tidak penduli .dia kemudian mencampakkan tubuh rozita di tepi kolam panas itu .rozita ketakutan ,apatah lagi melihat asap berkepul-kepul naik daripada air kolam yang sedang mendidih itu, lelaki bengis itu kemudian mencapai timba besar di tepi kolam itu .lantas dia mencedok air yang mendidih itu dan……

Arghhhhhh!!!!rozita menjerit .panassss!!!panassss!!! aduhhhhh!!!rozita mengelupur kesakitan apabila lelaki  itu menyiramkan tubuhnya dengan air mendidih tadi bagaikan di simbah asid ,tubuh rozita pelahan-lahan MENCAIR seperti coklat .beberapa minit kemudian ,tubuh rozita  ‘tumbuh’ dan bercantun semula.

Sekali lagi lelaki bengis itu mencendok lalu menyiramkan air panas menggelegak itu  ke tubuhnya .rozita menjerit-jerit  lagi menahan  kesakitan . tetapi jeritanya tidak di pedulikan .pelahan-lahan jeritan rozita tenggelam apabila tubuhnya ‘hancur’ dimamah air panas  mendidih itu .begitulah seterusnya ,berulang-ulang kali adegan itu disaksikan rozita berterusan tanpa penhujung.

Menyaksikan rentetan dirinya diseksa bagaikan dialam neraka itu ,tubuh rozita menggigil ketakutan .air mata rozita tak henti-henti mengalir ,lututnya terasa longlai hingga rozita terjelepuk bersimpuh  ,tidak mampu lagi berdiri.

“Cukuppppp!cukupppp! aku tak mahu tengok lagi tak mahuuhhh!” jeritrozita sambil menutup mukanya.inilah kali pertama rozita melihat tayangan yang amat mengerikan tidak sangup dia menonton seksaan neraka itu ,apatah lagi pelakonnya adalah dirinya sendiri.

“Itu hanya sedikit seksaan atas dosa yang kau lakukan .bukankah kau bermegah dengan dengan tubuh mu ..? itulah yang akan kau terima di sana nanti ,”ucap lelaki berjubah putih itu .

“Tidakkkk! aku merayu ,dengan nama ALLAH aku berjanjiakan berubah .aku sedar selama ini aku telah jauh tersasar .tolonglah ,”rozita terus merayu dalam tangisannya .

“Berubahlah apabila kau telah di beri peluang .sujudlah kepada-NYA apabila kau masih diberi peluang kesempatan .sesungguhnya tiada lagi peluang kedua selepas ini!”

Sebaik lelaki berjubah itu bersuara ,tiba-tiba datang satu kilauan cahaya bagaikan kilat .tubuh rozita di petir ,mata rozita terpejam semula….

Akhirnya rozita kembali kedunia dan bertaubat serta sujud kepada nya…alhamdulilah la..rozita telah sedar perbuatan nya…sekarang rozita seorang pengamal perubatan islam merawat pesakit yang datang meminta pertolongannya…

No comments:

Post a Comment