Wednesday, 29 April 2015

Anak Dihina: Black Rancang Buat Laporan Polis



Penyanyi Black akan membuat laporan polis terhadap individu yang merupakan seorang pelajar di universiti tempatan atas dakwaan menghina  anak beliau di laman sosial Instagram.





Black mahu mengambil tindakan tersebut kerana tidak mahu peminat dengan suka hati tanpa rasa bersalah mengutuk artis mahupun keluarga mereka di laman sosial. Perkara tersebut juga bakal diketengahkan ke mahkamah atas nasihat peguam.





Saya terpaksa membawa perkara ini ke tengah supaya rakan artis lain tidak mengalami nasib sama. Selepas menghina anak saya, individu berkenaan juga mengutuk anak pasangan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.



Jadi, saya tidak mahu lebih ramai artis ataupun orang lain terkena. Saya ambil tindakan ini untuk mengajar masyarakat supaya mereka lebih berhati-hati apabila menulis sebarang komen.



Individu tersebut telah menyamakan anaknya Khaleef Dayyan dengan beruk sebaik sahaja penyanyi tersebut berkongsi foto bayi sulung beliau di Instagram.



Macam-macam la, sebenarnya mereka yang menghina itu tidak berani di dunia nyata. Mereka  agak pengecut kerana berselindung disebalik komputer riba ataupun telefon. Anda mungkin punya hak untuk memberikan komen tetapi jangan dihina ciptaan Allah SWT.



Sumber Berita: Berita Harian

No comments:

Post a Comment