Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Tuesday, 16 June 2015

3 Jenis Makanan Dalam Neraka



Neraka merupakan satu tempat yang wajib diyakini oleh umat islam sebagai tempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah meninggal dunia. Jika amal seseorang itu baik, maka pembalasannya adalah di syurga tetapi jika sebaliknya maka neraka adalah tempat untuknya dan diberi 3 jenis makanan dineraka iaitu;

(1) ZAQQUM


Firman Allah swt: Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)
Firman Allah swt: (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.? Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat).

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini: “bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”

Rasulullah saw bersabda:

“Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?”


Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.
Imam Ibnu Kathir berkata: “Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”


Monday, 25 May 2015

11 Bahan Makanan Yang Boleh Digunakan Untuk Mencuci

Buahan seperti lemon dan limau nipis sangat dikenali sebagai agen pencuci kan? Namun, banyak bahan lain yang boleh menyenangkan kehidupan seharian pembaca andai ia digunakan pada cara yang betul.


Tahukah pembaca, terdapat sebilangan bahan mentah yang menjadi makanan setiap hari, sebenarnya bertindak lebih baik daripada bahan pencuci seperti sabun dan peluntur yang dijual di pasaran?

Ya, jangan tak percaya, bahan-bahan tersebut juga sebenarnya digunakan sebagai formula untuk dimasukkan dalam kandungan bahan pencuci pada hari ini.

Tepung Jagung
Sebagai bahan penanggal kesan minyak



Tepung Jagung

Ya, mesti situasi ini selalu terjadi. Apabila makan di sofa ruang tamu, akan terdapat minyak yang terjatuh ke permaidani mahupun sofa sendiri. Untuk menghilangkan kesan tersebut, tabur tepung jagung sehingga menutupi kesan minyak dan biar ia selama 15-20 minit.

Friday, 15 May 2015

(7 Gambar) Senarai Makanan Yang Dinikmati Oleh The Rock Setiap Hari Agar Sentiasa Fit!!!








Berketinggian 6 kaki 7 Inci, dan berat mencecah 270 Paun (122.47 KG) Bintang Hollywood dan juga bekas ahli sukan Wrestling WWE ini mampu membuatkan penonton kagum setiap kali beliau beraksi di depan kaca TV.



Tetapi bagi Dwayne ‘The Rock’ Johnson, untuk memiliki bentuk badan yang sasa dan tegap seperti itu bukanlah suatu perkara yang biasa dan ia tidak datang semudah rutin senaman harian yang selalu kita lihat.



Untuk bergelar bintang Hollywood beliau perlu terikat kepada beberapa rutin diet yang benar-benar ketat dan ekstrim, dan perlu mengambil sejumlah mungkin jumlah kalori yang diperlukan setiap hari.



Dari portal Inggeris DailyMail.UK memberitahu, jumlah kalori yang diambil oleh The Rock adalah 5165 kalori/sehari dan perlu makan sebanyak 10 Paun (4 Kilo) sehari. Setiap hidangan wajib mengandungi karbohidrat dan protein yang secukupnya.




Sarapan Pagi: Selepas sesi kardio pada awal pagi, ini adalah hidangan pertama The Rock

Wanita Cedera Parah dan Nyaris Jadi Makanan Beruang





Seorang wanita Russia telah ditanam hidup-hidup oleh beruang yang mahu menjadikannya sebagai simpanan makanan berikutnya selepas menyerang dan mencederakan beliau.

Sangat Ajaib Ibu kepada dua anak Natalya Pasternak, 55, masih hidup  dan mengalami keceraan parah. Rakannya yang bersama dengan diri pada awal kejadian berjaya melarikan diri di hutan berhampiran Tynda di rantau Amur untuk meminta bantuan

Wanita itu bernasib baik kerana beruang tersebut yang menyangka dia sudah mati, telah menutup wanita itu dengan daun kering dan menghilangkan diri. Tetapi beruang tersebut akan kembali kemudian untuk makan

Gambar mengejutkan diambil oleh pihak polis menunjukkan Puan Pasternak berbaring di bawah timbunan dedaun di mana beruang menyimpan beliau untuk simpanan makanan. kita boleh lihat didalam gambar lengan beliau yang berdarah-darah dicakar dan diterkam beruang .

Sunday, 10 May 2015

10 Makanan Paling Menggemukkan Di Malaysia!! PERLU TAHU!!

Ramai orang suka makan. Setiap orang sukakan makanan. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak






Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak(mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?



2. Roti Canai






Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Lari 10 km dulu baru boleh makan lebih sikit!:)


Friday, 1 May 2015

(10 GAMBAR) PERBEZAAN MAKANAN HOSPITAL MENGIKUT NEGARA





(10 GAMBAR) PERBEZAAN MAKANAN HOSPITAL MENGIKUT NEGARA | Setiap negara mempunyai ciri-ciri dan kelainan tersendiri walau dari segi apapun. Tak kiralah dari segi budaya, cara hidup, pemakanan dan sebagainya.



Semakin jauh kita merantau semakin banyak pengalaman yang ditimba. Salah satu yang paling menarik untuk diterokai adalah tentang makan.



Ramai orang mampu menikmati makanan dan masakan terbaik dari restoran terkemuka di dunia namun tidak ramai yang dapat merasai makanan yang dihidangkan di hospital kecuali untuk pesakit.



Jadi, cuba kita lihat perbezaan makanan-makanan hospital dari seluruh dunia. Agak-agak sedap ke tak ye?

Wednesday, 29 April 2015

Makanan Paling Popular Dikalangan Orang Bujang

Zaman bujang ni lebih-lebih lagi ketika awal-awal mula bekerja, duduk di bandar pula dengan kos sara hidup yang tinggi kadangkala mana sempat nak menyimpan duit, nak merasa makan sedap, tunggu hujung bulan lah. Dengan gaji basic RM900-1200 duduk di KL pula mana tahan bro..


So solusi untuk masalah ni, kami kerap berkunjung di kedai-kedai makan yang menyediakan makanan dengan harga bajet.

Tak ketinggalan juga ketika masih lagi bergelar pelajar universiti/kolej. Ya rutin harian apabila dah lapar, santap megi, lapar lagi santap lah roti gardenia dengan jem sekaya, lapar lagi santaplah nasi bujang RM1.50. Tapi sekarang takkan jumpa dah harga nasi bujang RM1.50…



1) Mi Segera

2

Makanan ni legend. Walau sejauh mana zaman berubah. Walau dah berkahwin pun memang mi segera kena simpan dalam rumah. Cuma bila dah kahwin, kekerapan makanan mi segera tu berkurang sikit sebab dah ada tukang masak kan? Bagi duit poket bulan-bulan, pandai-pandailah dia.

2) Biskut Mayat Cicah Milo

2
Ini biskut empat segi ye tuan-tuan





 Makanan ini tak semestinya orang bujang, ada je orang yang dah kahwin makan macam ini. Cuma yang bezanya adalah kekerapan dalam sehari. Kalau masa bujang tak kisah kalau makan benda ini je dari sarapan, makan tengah hari dengan makan malam. Hebat kan?

3) Nasi Putih + Telur + Kicap

2

Ini pun salah satu makanan yang glemer bagi orang bujang. Nak masak beraneka macam malas sangat. Malas satu hal, nak jimat duit kumpul nak kahwin.Jadinya masak nasik, goreng telur letak kicap. Kalau nak sayur sangat, hiris timun je. Kan dah lengkap hidangan sepinggan.

4) Roti Kosong dengan Kaya atau Mentega Kacang

2

Benda ini pun tak adalah nak diherankan sangat, cuma bezanya macam penulis katakan tadi, kekerapan kita makan benda ini. Tak kisahlah seminggu pun makan menu yang sama dari pagi, tengah hari dan malam kahkahkah.

5) Nasi Bujang

2

Zaman penulis dulu, RM1.50. Nasi putih, telur dadar dan sup kosong, kalau tuan kedai tu baik hati dapatlah merasa sup+kaki ayam. Tapi zaman sekarang ni tak pasti pula berapa harga bagi satu set nasi bujang ni. Hidangannya dari dulu sampai sekarang tetap sama.

Kenyang? Boleh lah nak mengisi perut tu time dompet tengah tak berisi lagi ni. Paling popular dikalangan student, malah menu ini sesuai bagi yang ikat perut sebab kumpul duit nak kahwin.

Saturday, 25 April 2015

GST sardin sebab makanan diproses, Kastam jawab 106 soalan berkaitan GST


Sardin yang ditinkan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia dikategorikan sebagai makanan yang diproses tidak seperti barangan mewah lain seperti udang galah, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.


Perkara itu dinyatakan dalam jawapan kepada 106 soalan yang dikemukakan oleh kumpulan anti-GST sewaktu protes duduk di jabatan tersebut minggu lalu.

Para aktivis enggan berganjak apabila Jabatan Kastam enggan memberi maklum balas kepada soalan yang dikemukakan menyebabkan penahanan lebih 80 orang.

"Udang galah diklafikasikan sebagai bahan makanan asas bawah 'crustaceans' yang berkadar sifar.

"Manakala tin sardin diklasifikasikan sebagai bahan makanan yang telah diproses dan dikenakan kadar GST 6 peratus," jawapan itu dipetik.

Berikut adalah jawapan Jabatan Kastam bagi soalan yang telah dikemukakan kumpulan itu: