
MIRI - Seorang pelajar perempuan tingkatan 3 di sebuah sekolah terpaksa melahirkan bayinya di katil asrama, mengemparkan pengurusan sekolah berkenaan, kelmarin.
Tangisan bayi dari sebuah bilik asrama membongkar rahsia pelajar terbabit yang melahirkan bayi perempuan yang masih bertali pusat.
Dalam kejadian pada jam 10.50 malam itu disedari oleh rakan pelajar terbabit selepas terdengar rakannya itu mengerang kesakitan disusuli dengan tangisan bayi di dalam biliknya.
Sebaik mendekati katil pelajar itu, dia tergamam melihat keadaan katil yang dipenuhi darah dan ada bayi di sebelah rakannya itu.