Showing posts with label Sikap. Show all posts
Showing posts with label Sikap. Show all posts

Sunday, 10 May 2015

10 Sikap Wanita Idaman Para Lelaki






Wanita merupakan anugerah Allah yang sangat berharga dikurniakan kepada insan bernama lelaki. Kehadirannya sangat mendamaikan dan menggembirakan hati Nabi Adam ketika di syurga. Sehinggalah ke dunia, dan sehinggalah ke waktu ini, sikap wanita masih tidak berubah. Tahukah apakah sikap wanita yang paling digemari oleh semua lelaki? Jom kita tatap


1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

Thursday, 7 May 2015

5 Tips Hindari Sikap ‘Racist’ Yang Perlu Anda Tahu















Racist atau dalam erti kata lainnya adalah perkauman, semakin berleluasa. Apakah kita yang terlalu sensitif atau diprovok? Mungkin beberapa tips ini dapat mengekang masalah yang semakin berleluasa ini.



1) Hentikan Provokasi



Sebenarnya punca segala permasalahan ini adalah disebabkan provokasi. Sudah menjadi adat, memang wujudnya manusia yang menjadi batu api. Cara yang mudah apabila kita diprovok, cukuplah jangan dilayan dan buat-buat tidak tahu sahaja. Pepatah Melayu ada menyebut ‘Ibarat Anjing Menyalak Bukit, Bukit Tak Akan Runtuh’. Kita juga janganlah membalas sesuatu provokasi itu dengan menyamakan pelakunya dengan kaum dan agama yang lain. Jika makin dilayan dan kita membalasnya dengan kekerasan atau kejahatan, perkara ini tidak akan berkesudahan.



2) Hentikan Penyebaran Video Yang Menyebabkan Pertelingkahan Kaum dan Agama yang Berbeza.



Kehadiran gadget yang canggih seperti telefon pintar memudahkan ramai orang untuk mengambil apa-apa gambar dan video dengan begitu mudah. Bukan itu sahaja, untuk menyebarkannya juga mudah. Jika kita seorang yang bertanggungjawab, tidak perlulah rasanya menyebarkan apa-apa bukti rakaman yang boleh menyebabkan salah faham dan pergaduhan. Perlulah diingatkan, Rakyat Malaysia ini adalah terlalu sensitif dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya mereka sensitifkan. Sebagai contoh jika seekor kucing hitam bergaduh dengan seekor kucing putih. Mereka akan samakan semua kucing hitam itu jahat. Begitulah yang nak diibaratkan. Padahal bukan semua kucing hitam yang jahat, ada je kucing oren yang jahat seperti Garfield.