TELEFON PINTAR HILANG? ANDA BOLEH DAPATKAN SEMULA DENGAN MENGGUNAKAN GOOGLE SEARCH SAHAJA | Google terkenal dengan kepelbagaian kemudahan yang boleh digunakan sesiapa sahaja secara percuma. Terbaru, satu fungsi diperkenalkan yang membolehkan anda mengawal telefon Android melalui Google Search engine.
Anda kini boleh mencari kedudukan telefon, menelefon telefon, set alarm, share directions dan macam-macam lagi dengan percuma. Tidak seperti Appl*, setiap perkhidmatan mungkin dicas sekurang-kurangnya RM3 ringgit.
Balik kepada topik asal, sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan ini anda perlu sambungkan telefon dengan Google Search.












