Showing posts with label Sekali. Show all posts
Showing posts with label Sekali. Show all posts

Tuesday, 19 May 2015

Inilah Hidangan Orang Arab Yang Paling Mengejutkan Sekali



Sesetengah orang percaya ia hanya mitos, tetapi Guinness Book of Records mempunyai rekod bahawa masakkan unta sumbat yang disenaraikan sebagai bahan makanan yang terbesar dari mana-mana menu, dan terdapat juga gambar-gambar beberapa orang Badwi berpesta makanan.

Nama rasmi hidangan tradisional puak Badwi tidak diketahui, tetapi kebanyakan orang merujuk kepada sebagai "unta Turducken". Menurut kebanyakan sumber-sumber yang ianya kadang-kadang disediakan di kenduri perkahwinan dan parti-parti khas di negara-negara Arab seperti Arab Saudi.

Pada asasnya, mereka menggunakan unta dewasa sebagai bahan utama,dengan membuang bahagian dalaman dan disumbat dengan daging kambing biri-biri  atau anak-anak domba dengan di campurkan kira-kira 20 ekor ayam dan ikan.

Seperti bom atom yang penuh kalori perlu direbus kemudian dimasak di atas arang sehingga daging unta berwarna perang dan rangup. Anda pasti tidak dapat bayangkan, periuk jenis apakah yang boleh memuatkan  keseluruhan unta seperti yang kelihatan , tetapi proses memasak keseluruhan mengambil masa kira-kira 24 jam.
Unta tersebut kemudian dihidangkan dengan pinggan perak kepada tetamu yang hadir pada hari perkahwinan tersebut. 


Tuesday, 28 April 2015

Sekali Lafaz, Sam Bunkface Sah Bergelar Suami Orang




Shamsul Annuar Mohd Baharum, 28, atau lebih dikenali sebagai Sam Bunkface  dan pasangannya Aida Azira Hussin, 28, telah berjaya diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah sebentar tadi.

Sam yang diakad nikah oleh Ustaz Mohd Ramizi berjaya melafazkan akad dengan sekali lafaz dalam satu majlis sederhana di Dewan Sapura, Mines Resort City 9.24 pagi tadi.


Aida Azira yang diwalikan oleh abang kandungnya, Azree Husin telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, sebentuk cincin, senaskah al-Quran, sehelai sejadah dan telekung, manakala jumlah hantaran dirahsiakan.


Sam pula menerima tiga dulang hantaran iaitu cincin, senaskah Al Quran serta sejadah.
Majlis persandingan diadakan di lokasi sama tengah hari ini. - Siakapkeli.com.my