25 FENOMENA ALAM SEMULAJADI YANG TIDAK DAPAT DITERANGKAN OLEH SAINS | Siapa sangka menonton video tentang perkara yang tidak dapat diterangkan oleh sains pun menimbulkan seram sejuk. Alam yang dicipta tuhan ini menyimpan 1001 rahsia untuk kita mengkagumi kebesaran-Nya. Ini 5 fenomena yang kami pilih untuk dipaparkan dalam bentuk bergambar:
1. Hujan Haiwan
Terdapat beberapa kes-kes pelik haiwan jatuh dari langit. Pada musim panas pada tahun 2000 di Ethiopia, sebagai contoh, hujan turun bersama dengan berjuta-juta ekor ikan di mana kebanyakannya mati dan ada yang bertarung nyawa. Kebanyakan “hujan haiwan” adalah disebabkan oleh puting beliung atau ribut teruk sehingga mampu mengangkat dan membawa sejumlah besar air dan kandungan di dalamnya, tetapi yang peliknya, “hujan haiwan” selalunya membawa sejenis binatang sahaja. Contohnya, “hujan haiwan” membawa hanya satu spesies ikan hering atau satu jenis katak sahaja pada satu masa.
