Showing posts with label Restoran. Show all posts
Showing posts with label Restoran. Show all posts

Monday, 4 May 2015

Restoran Sup Kepala Ikan Caj RM150 Semangkuk Diserbu



Restoran Sup Kepala Ikan Caj RM150 Semangkuk





Caj RM150 Semangkuk, Restoran Sup Kepala Ikan Diserbu | “Saya reda dengan ketentuan ini sebagai ujian ALLAH SWT kepada saya. Memang agak terkejut dengan serbuan ini, namun saya harap dapat berniaga semula seperti biasa selepas ini.”





Itu kata-kata pemilik restoran sup kepala ikan Pulau Pisang, Nik Mohd Noor Muhamad atau lebih dikenali sebagai ‘Pok Mat’ selepas kedainya di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) diperiksa penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, semalam.





Pemeriksaan itu dibuat setelah dua laporan diterima daripada pelanggan berhubung harga dikenakan untuk sup kepala ikan mencecah RM130 sehingga RM150 semangkuk.