Statistik terkini memberitahu kita bahawa 90,000 botol plastik dibuang setiap minit dan ia merupakan satu angka yang cukup besar dan sangat membimbangkan. Tetapi dengan adanya inovasi terbaru daripada Niki Singlaub ini, kebarangkalian untuk kita membuang botol terpakai mungkin dapat dikurangkan.
Memperkenalkan, botol boleh lipat
Hydaway.
Botol ini yang boleh diisi dengan 600ml (21oz) air, boleh dilipat dan dikecilkan sehingga tebalnya hanya setinggi 3.2cm apabila tidak digunakan.