Pernah dengar nama Muhammad Al-Fateh? Beliau lahir pada 30 Mac 1432 di Andrianapolis yang terletak di kawasan sempadan Turki-BUlgaria.
Sejak kecil dia sudah diajar menguasai pelbagai cabang ilmu agama termasuk politik, seni perang, bela diri, tasawuf dan banyak lagi.
Bahkan, beliau mampu bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Turki, Greek, Hebrew, Pari, Latin dan Serbia, menggambarkan betapa tinggi tahap kecerdasannya.
Muhammad Al-Fateh mula memangku jawatan sebagai pemerintah kerajaan Islam pada tahun 1444 sewaktu berusia 12 tahun.
Pada usia 19 tahun, barulah beliau memegang jawatan khalifah secara rasmi, sebagai pemerintah empayar Turki Uthmaniyyah ke 7 dan digelar sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh.
Pada zaman pemerintahan beliau, berlaku perluasan kuasa yang besar untuk empayar Islam. Malah, tokoh inilah yang akhirnya berjaya menakluki kota Kostantinopel, ibu kota empayar Byzantine yang sudah berusia 1,000 tahun.
Penaklukan kota yang merupakan benteng utama Kristian Ortodoks ketika itu telah dinyatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis berbunyi, "Kostantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Raja yang menaklukinya ialah sebaik-baik raja dan dibawah pimpinannya ialah sebaik-baik tentera." (Hadis riwayat Ahmad Bin Hanbal, Al-Musnad)
