Showing posts with label Peliknya. Show all posts
Showing posts with label Peliknya. Show all posts

Thursday, 14 May 2015

Jom Lihat Apa Yang Aneh Dan Peliknya Gadis Cantik Ini

Adrianne Lewis ialah seorang perempuan yang berumur 18 tahun berasal dari Michigan.
Jika dilihat secara luarannya, beliau seperti individu lain.Namun apa yang luar biasaanya ialah beliau mempunyai panjang lidah yang luar biasa. Beliau mempunyai panjang lidah 4 inci panjang dan ini sudah memadaai untuk memecahkan reokd dunia yang sebelum ini mempunyai panjang lidah 3.9 inci.

Jom Lihat Apa Yang Peliknya Padang Bola Ini Yang Pasti Menghairankan Anda

Pelik tapi benar, padang bola ditumbuhi pokok setinggi 10 meter didalam stadium rasmi. Perkara ini benar-benar berlaku dan ada di salah satu bandar di Chile di mana sebuah pokok magnolia setinggi 10 meter ditanam tepat di tengah-tengah padang bola sepak.

Bukan kerana pokok ini keramat, tetapi pokok ini ditanam di tengah padang bola. Pokok ini ditanam di tengah stadium untuk memperingati peristiwa penyiksaan para tahanan politik oleh diktator Pinochet 30 tahun lalu. Pokok tersebut ditanam selama seminggu dan menjadi tontonan awam. Bahkan diadakan sebuah pertandingan di padang tersebut dan dihadiri lebih  kurang 15,000 penonton. Hasilnya, sebuah pertandingan menghibur.


Pasti Anda Tidak Percaya Apa Yang Peliknya Dengan Pasir Di Pantai Ini

Pasir tasik ini terbentuk dari bangkai jutaan ikan yang mati di sana. Bukan itu saja. Aroma busuk bangkai ikan juga merebak di sekeliling tasik ini. 

Salton Sea Beach adalah nama sebuah tasik di California, Amerika. Tasik ini terbentuk secara tidak sengaja, ketika sebuah saluran pengairan dari Sungai Colorado pecah diterjang hujan lebat. 

Terbentuk pada tahun 1905, air sungai menerobos tepian saluran dan menumpahkan jutaan gelen air ke sebuah tasik kering di padang pasir California. 

Salton Sea Beach sangat popular pada tahun 1950-an dan 1960-an. Tasik ini dianggap sebagai suatu keajaiban di padang pasir. Lebih daripada setengah juta pelancong berbondong-bondong ke tasik ini setiap tahun.

Malangnya, itu hanyalah kejayaan masa lalu. Salton Sea Beach telah dikotori oleh baja dan racun perosak, yang berasal dari tanah tanah pertanian di sekitarnya. Pada 1970-an, tasik ini menjadi benar-benar tidak layak untuk didiami oleh makhluk hidup. Garis tasik ini bahkan telah dikotori dengan berjuta-juta ikan mati yang berbau busuk. 

Menurut laporan BBC, bahagian yang paling teruk dari tasik ini bukan terletak dalam air atau pasirnya, tetapi sesuatu yang berada di bahagian bawahnya. Pengeringan yang berlaku dalam tasik dapat melepaskan awan debu beracun di seluruh California Selatan.