Showing posts with label Padah. Show all posts
Showing posts with label Padah. Show all posts

Wednesday, 17 June 2015

Padah Curi Kabel TNB








IPOH - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Pantai Saujana 2 di Pantai Remis, semalam.





Mayat lelaki yang berusia 24 tahun itu ditemui di dalam parit pada jam 4 petang.





Hasil bedah siasat mendapati, mangsa telah mati dua atau tiga hari yang lalu dan apabila ditemui, mayat mangsa dikerumuni lalat.



Thursday, 21 May 2015

AWAS!! Padah Apabila Berpakaian Ketat Melekat!









Sekadar Hiasan

Tidak dinafikan, ramai orang sukakan gaya mengikut fesyen terkini dan digilai ramai, lebih-lebih lagi golongan remaja. Mereka sering menukar penampilan mengikut peredaran zaman. Remaja lelaki khususnya gemar memakai seluar skinny dan mengikut fesyen yang digemari wanita itu.

Apa yang paling menarik ialah seluar skinny itu terbukti menjadi kegilaan ramai selain meraih populariti dalam kalangan remaja Malaysia. Pemakaian seluar jenis ini sebenarnya bertujuan untuk kelihatan lebih bergaya, namun terdapat remaja memakainya untuk kelihatan lebih kurus daripada saiz badan sebenar. Kebiasaannya seluar dipakai itu ketat kononnya untuk kaki tampak kecil dan elok dipandang.

Ramai remaja menghadapi pelbagai kesukaran apabila menyarungkan seluar yang terlampau ketat itu. Ada yang sampai melompat-lompat kerana saiz pinggang terlalu kecil. Walaupun begitu, ada saja yang taksub sehingga tidak memikirkan kesan buruk.

Hakikatnya, pakaian diciptakan bukan untuk memberikan bentuk atau saiz badan yang kita tidak miliki dan di situlah remaja menghadapi masalah. Banyak masalah kesihatan timbul akibat daripada pemakaian seluar yang terlalu ketat itu.

Masalah kesihatan

Berdasarkan kajian daripada pakar bedah vaskular Dr Nicholas Morissey, pemakaian seluar skinny yang ketat boleh menjadikan kaki anda rasa kebas pada paha atau lebih dikenali sebagai meralgia paresthetica.

Menurut Morissey, terdapat saraf deria datang daripada pelvis yang bertindak memberikan sensasi ke bahagian paha anda.

Saturday, 2 May 2015

Padah !! Akibat Taksub Nak Kurus









Inilah padahnya jika seseorang itu terlalu taksub nak kurus.



Aneroxia Nervosa adalah penyakit yang taksub akan kekurusan.



Sampai satu tahap, mereka ini akan sengaja memuntahkan makanan yang baru dimakan kerana takut gemuk.