Showing posts with label Menyedihkan. Show all posts
Showing posts with label Menyedihkan. Show all posts

Saturday, 9 May 2015

Kisah Yang Menyedihkan Budak 6 Tahun Hidup Keseorangan


            
Kisah benar ini terjadi pada tahun 2010 yang lalu, tentang seorang anak bernama A Long yang hidup sendirian di sebuah kampung di kaki bukit Gunung Malu, Liuzhou di wilayah Guangxi, China. Umurnya baru 6 tahun, kedua orang tuanya telah meninggal kerana mengidap penyakit AIDS berturut-turut di tahun 2008 dan 2010. 

A Long anak kecil berumur 6 tahun penghidap HIV di sebuah kampung di China. Ibu dan ayahnya telah meninggal kerana virus HIV. selama ini A Long hidup sendiri kerana penduduk di desanya takut berada hampir dengannya kerana takut dijangkiti virus tersebut.

Sehari-harian dia hanya ditemani anjing kesayangannya Lau He, semua dilakukan A Long sendiri di rumahnya di Desa Niucheping di kaki gunung Malu berhampiran Liuzhou, Provinsi Guangxi Zhuang

Untuk makan sehari-hari A Long memasak sendiri, sang nenek kadang-kadang datang mengirimnya sayur-sayuran, lalu A Long memasaknya dengan nasi dari dapur kayu yang kayunya ia cari sendiri di hutan, A Long jiga mendapat bantunan dari kerajaan tapi hanya 77 yuan setiap bulan.

Di sinilah A Long tinggal, sebuah bilik dengan penerangan yang serba kekurangan, seorang diri. dia juga mempunyai hobi bermain bola, sepeti kanak2 seusianya, tapi apa daya dia hanya boleh bermain sendirian.

sejak berita dan foto2 tentang dia tersebar luas di media, ada beberapa dermawan yang mengiriminya boneka dan mainan untuk teman bermain A Long

Sebenarnya masih banyak budak-budak seperti A Long, cuma di china di negara-negara lain pun mereka banyak yang diabaikan dan hidup sebatang kara. Hidup yang mereka jalani bukan kesalahan mereka, mereka g boleh memilih dilahirkan dengan mengidap HIV yang diturunkan oleh orang tuanya.

               

Thursday, 30 April 2015

Kehidupan Menyedihkan Di Sebalik Kemewahan Di Dubai (7 Gambar)

     

2

Bercerita tetang Dubai, pasti kita terbanyangkan akan bangunan paling tinggi di dunia, Burj Khalifa. Selain itu, Dubai juga terkenal sebagai destinasi berkelas atasan, di mana artis-artis dan orang-orang kaya menghabiskan waktu masa lapangnya di sana.


Di sebalik kemewahan pembangunan bangunan-bangunan pencakar langit, pasaraya mewah dan bangunan lain, pastinya memerlukan pekerja tenaga kasar, seperti perkerja buruh.

Seorang jurugambar yang berasal dari Iran, Farhad Berahman s, cuba mengungkapkan di sebalik kehidupan mewah di Dubai yang kotor, panas, dan padat di mana tempat ini terletak jauh dari kemewahan Dubai. Tempat ini juga cukup jauh dari pusat bandar, kerana dikhaskan bagi mereka yang mencari pekerjaan kasar sebagai pekerja buruh dan lain-lain.

Bandar bernama Sonapur, yang di diami sekurang-kurangnya 150,000 pekerja atau buruh, yang kebanyakan dari India, Pakistan, Bangladesh, dan China.