Maka, mereka dengan serentak bersujud kepada Adam, kecuali Iblis yang ingkar dan menolak perintah Allah. Allah murka kepada Iblis kerana sombong, membangkang dan tidak mempatuhi perintahNya lantaran merasa dirinya paling hebat, paling sempurna dan paling mulia.
Kemudian, Iblis pun melontarkan kata kata yang membuat Allah menjadi lebih murka lagi, “Aku lebih mulia dari Adam. Aku diciptakan dari api, sedang dia diciptakan Adam dari tanah”, al-Baqarah.
Oleh kerana itu, Iblis telah dilaknat dan diusir dari lingkungan para malaikat yang sentiasa bertasbih, bertahmid dan menyembah Allah siang dan malam.
Wajah Iblis yang dulunya tampan dan bercahaya berubah menjadi hitam dan kelam. Iblis merasa sakit hati. Apalagi setelah Allah menempatkan Adam a.s. di syurga dan dikurniakan seorang isteri bernama Siti Hawa, maka Iblis bertambah dengki dan berdendam kepada mereka.
