Showing posts with label Korek. Show all posts
Showing posts with label Korek. Show all posts

Tuesday, 19 May 2015

Korek Mata Isteri Kerana Jalin Hubungan Dengan Orang Lain


Seorang lelaki di sini mencungkil mata isterinya dengan tangan selepas mendapati wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Lelaki itu juga bertindak ganas selepas isterinya menuntut cerai.

Menurut akhbar Want China Times, wanita berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai Li, berkenalan dengan suaminya, Long, menerusi Internet, tahun lalu.

Selepas berpacaran selama tiga bulan, lelaki itu berubah, kata Li dalam laporannya kepada polis. 

Apabila dia enggan membantu menjelaskan hutang Long berjumlah 150,000 yuan, lelaki itu memukulnya.