
CHINA – Duit habis, tetapi satu apa pun tak dapat. Marah dengan keadaan itu, seorang jutawan telah menyaman sebuah agensi cari jodoh kerana gagal menemukannya dengan wanita yang masih dara, manis dan muda untuk dijadikan isteri selepas berhabis hampir RM4.2 juta ringgit.
Lelaki yang berusia dalam 40-an itu dikenali sebagai Zhang juga tidak berpuas hati dengan lapan calon yang diatur oleh agensi berkenaan melalui pencarian di seluruh negara.
Calon-calon juga ditemuramah untuk kaunselor di tiga buah bandar selepas iklan turut dimasukkan ke dalam surat khabar dan televisyen.