Setiap tahun sehari sebelum hari raya Aidiladha, kain yang menutup Kaabah iaitu Kiswa akan ditukar Kain kiswa lama ini kemudian dibahagi-bahagikan kepada pemimpin negara Islam oleh kerajaan Saudi. Amalam memberikan kain kiswa kepada orang ramai ini sudah diamalkan sebelum Islam menapak di Mekah. Individu pertama yang menutup kaabah dengan kiswa ialah Raja Yemen, Tuba'a Al-Hemyari. Kaabah diutup dengan kain sutera, jerami dan juga kain koptik mesir. Selama ratusan tahun kaabah akan dilutupi kain bagi menggantikan kain lama yang semakin lusuh.
Selepas Islam memerintah Makkah, Nabi Muhammad S.AWtidak menggantikan kain yang menutupi kaabah. Kain kiswa hanya digantikan oleh Rasulullah selepas seorang wanita secara tidak sengaja mengakibatkan kiswa yang sedia ada terbakar apabila membakar setanggi sebagai pewangi kaabah. Rasulullah menggunakan kain Yemen (kain sulaman kapas dan bebiri) bewarna putih untuk menutup kaabah. Selepas Rasulullah wafat para Kalifah menggantikan kain kiswa dengan kain koptik Mesir. Kain koptik mesir digunakan kerana ia disulam dari bulu bebiri yang lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi. Ketika zaman Kalifah Umar, sebahagian kain Kiswa yang lama akan diberikan kepada mereka yang menunaikan haji sebagai kain untuk menutup kepala dari kepanasan mentari.
Ketika zaman Kalifah Mu'awya Bin Abi Sufyan, kain kiswa digantikan dua kalisetahun. Pada hari Ashura ianya ditutup dengan kain sutera manakala pada bulan Ramadan kiswa digantikan dengan kain koptik mesir. Kain kiswa baru dilemparkan di atas kiswa lama sehinggalah pemerintahan Kalifah Al Mandi dari Dinasti Abassiyahpada tahun 739 Masehi. Beliau khuatir berat kiswa yang terkumpul di atas kaabah akan mengakibatkan ianya runtuh.
