Showing posts with label JENAMA. Show all posts
Showing posts with label JENAMA. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

DATO SITI NURHALIZA BAKAL LANCAR JENAMA TUDUNG SENDIRI




DATO SITI NURHALIZA BAKAL LANCAR JENAMA TUDUNG SENDIRI | KUALA LUMPUR- Penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, melebarkan sayap dalam bidang perniagaan dengan melancarkan jenama tudungnya sendiri.



Siti memperkenalkan tudung yang dilabelkan sebagai Kallista by Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram sebelum memperagakan tudung dari jenis kain lace berwarna hitam itu di majlis pelancaran sambutan Hari Ibu di Menara Kuala Lumpur di sini semalam.



“Buat masa sekarang, saya tidak menetapkan sebarang perancangn untuk kearah lebih serius memandangkan ini hanya projek suka-suka sahaja.



“Namun sekiranya mendapat sambutan positif daripada peminat, saya akan berusaha untuk mengusahakannya secara besar-besaran kelak,” jelasnya yang mengaku mengetahui serba sedikit asas jahitan.