Kita semua tahu bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi kedua negara Malaysia. Orang kata, kalau pandai berbahasa Inggeris, senanglah dicampak ke ceruk mana pun dalam dunia ni – pasti dapat survive (survive bermaksud dapat mengharungi apa-apa dugaan).
1. Free
Perkataan ‘free’ atau dalam bahasa Melayunya bermaksud percuma memang popular di kalangan orang Malaysia. Kalau dalam promosi produk, biasanya orang Malaysia akan mudah tertarik dengan perkataan ‘free gift’. Contohnya beli telefon bimbit, dapat ‘free gift’ – pasti akan ada orang yang berebut nak beli, walaupun free gift itu setakat kalendar meja saja.