Showing posts with label Cepat. Show all posts
Showing posts with label Cepat. Show all posts

Wednesday, 17 June 2015

GAMBAR: Viral Dilaman Sosial Kononnya Durian Dari Thailand Direndam Bahan Kimia Untuk Cepat Masak






Hari ini tersiar dilaman sosial beberapa keping gambar yang menunjukkan tindakan seorang perkerja yang dikatakan di Thailand yang sedang merendam buah durian dengan sejenis bahan kimia untuk membuatkan buah durian yang dipetik cepat masak.





Berdasarkan sebaran itu, ada yang mengatakan ia hanyalah sekadar pewarna untuk mencantikkan buah tersebut agar nampak menarik.





Bagaimanapun mereka tidak dapat pastikan apa peranan sebenarnya air bewarna kuning itu. Adakah ia sejenis bahan kimia atau sekadar pewarna.


Thursday, 21 May 2015

Wanita Pakai Kasut Tumit Tinggi Cepat Tua !??

Wajib rasanya bagi seorang wanita untuk memiliki sepasang kasut tumit tinggi kerana selain mencantikkan penampilan, ia juga membuat empunya badan berasa lebih percaya pada diri sendiri walaupun bertubuh rendah.


Wanita kasut tinggi

Namun, ramai mungkin tidak sedar risiko yang timbul akibat memakai kasut ini kerana jika tumit terlalu tinggi, si pemakai boleh berasa tidak selesa sehingga terjatuh ketika berjalan, menurut kajian terbaharu Universiti Stanford University, Amerika Syarikat.

Malah kajian itu menyatakan, kasut tumit tinggi boleh mempercepatkan penuaan hingga 20 tahun lebih awal apabila penyelidik menilai bagaimana seorang wanita dengan fizikal sihat berjalan sambil memakai kasut yang tinggi berbeza-beza.

Responden wanita terbabit diminta memakai kasut kasual atau sneakers yang rata, kasut bertumit tinggi 4 cm dan 8 cm selain diminta berjalan dengan serta tanpa mengenakan rompi seberat 20 peratus daripada keseluruhan berat badan mereka.

Penyelidik kemudian mengamati gerak tumit responden ketika mereka berjalan dan berdiri, maka hasil penemuan yang diterbitkan Journal of Orthopaedic Research ternyata cukup memeranjatkan ramai pihak khususnya golongan wanita.

Sunday, 26 April 2015

Sejarah Pelopor Skim Cepat Kaya Teragung – Pak Man Telo

Pak Man Telo ialah nama gelaran kepada Osman Hamzah, seorang pengendali skim cepat kaya yang paling popular di Malaysia pada era 1980-an.




Skim cepat kaya – biasanya beroperasi secara haram – menerima wang deposit daripada orang ramai (pelabur) dengan menjanjikan pulangan dividen yang besar kepada mereka dalam tempoh yang singkat.



Pak Man Telo dikatakan menjalankan operasi skim cepat kaya yang dinamakan Skim Pestama Berhad sejak penghujung dekad 1970-an.



Skim cepat kaya tersebut juga dikenali dengan nama Skim Pak Man Telo.



Pak Man Telo berasal dari Taiping, Perak. Beliau pernah bertugas sebagai wartawan akhbar Warta Negara pada 1960-an dan kemudian menjadi wartawan sambilan di Bernama pada 1970-an sebelum menceburi ‘bidang’ skim cepat kaya.



Sejak beroperasi pada hujung 1970-an, Skim Pak Man Telo semakin meningkat popular dan mendapat kepercayaan daripada orang ramai kerana ia dikatakan berjaya mengekalkan pembayaran dividen dengan lancar kepada setiap pelaburnya dalam tempoh bertahun-tahun lamanya.







8 Mac 1992



Namun kelancaran operasi Skim Pak Man Telo mula goyah pada penghujung dekad 1980-an. Pada 1 Oktober 1989, beberapa pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyerbu rumah Pak Man Telo di Taiping bagi menyiasat kegiatan skim cepat kaya yang dikendalikannya.



BNM menyerbu rumah Pak Man Telo buat kali kedua pada 23 November 1989 dan merampas wang tunai hasil deposit orang ramai sebanyak RM1.7 juta. Dengan bukti yang ada, Pak Man Telo berserta isterinya (Maimunah Taib) dan anak lelaki mereka (Abdul Rahman Osman) bakal menghadapi masalah.



Berikut ialah rentetan detik-detik terakhir Skim Pak Man Telo:



11 Januari 1990 – Pak Man Telo dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melanggar Akta Bank & Industri Kewangan 1989 kerana mengambil deposit berjumlah RM20 juta daripada orang ramai tanpa memiliki lesen. Isteri dan anak lelaki Pak Man Telo pula dituduh bersubahat. Mereka bertiga tidak mengaku bersalah. Pak Man Telo dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dan pasportnya dirampas, manakala isterinya dan anak lelaki mereka dibebaskan dengan ikat jamin setiap seorang RM200 ribu dengan seorang penjamin. Kes mereka bakal dibicarakan.



13 Mac 1990 – Pak Man Telo, isterinya dan anak lelaki mereka dibicarakan di mahkamah. Pak Man Telo mengaku bersalah atas tuduhan mengambil deposit tanpa memiliki lesen. Hukuman ke atas Pak Man Telo akan dijatuhkan keesokan harinya. Isteri dan anak lelaki Pak Man Telo dibebaskan. Hakim memerintahkan supaya wang tunai RM1.7 juta yang dirampas dari rumah Pak Man Telo dipulangkan kepadanya kerana tiada peruntukan yang membolehkan BNM berbuat demikian.



14 Mac 1990 – Pak Man Telo dijatuhkan hukuman denda RM250 ribu atau setahun penjara. Beliau membayar denda itu dengan wang tunai. Walaupun Pak Man Telo bersalah, tetapi para penyokongnya yang berada di mahkamah menyambut ‘kebersalahan’ Pak Man Telo dengan penuh kegembiraan (lihat gambar di atas) dan berkali-kali melaungkan “Hidup Pak Man”! Para pemerhati menjangka yang Skim Pak Man Telo akan hancur selepas itu tetapi sebaliknya skim cepat kaya itu telah mendapat pendedahan yang semakin meluas dan menjadi sangat popular.



April hingga Ogos 1990 – Skim Pak Man Telo beroperasi seperti biasa, deposit tetap diterima daripada orang ramai yang jumlahnya semakin meningkat. Pulangan dividen berjumlah 10 peratus daripada nilai pelaburan telah dibayar tanpa gagal, malah kadar dividen itu kemudiannya telah dinaikkan kepada 12 peratus! Mungkin ramai orang yang berjaya menjadi kaya dengan cepat dalam tempoh ‘gemilang’ itu.



September 1990 – Para pelabur Skim Pak Man Telo mula mengesan yang pulangan dividen mereka sudah tidak dimasukkan ke dalam akaun bank seperti bulan-bulan sebelumnya. Ada sesetengah pelabur pula hanya menerima separuh daripada pulangan dividen yang sepatutnya. Manakala pelabur-pelabur yang menerima pulangan dividen melalui cek pula mendapati ia adalah ‘cek tendang’.



19 September 1990 – Para pelabur menyerbu rumah Pak Man Telo di Taiping bagi meminta penjelasan mengenai status pelaburan mereka.



20 September 1990 – Pak Man Telo mengumumkan penurunan kadar dividen daripada 12 peratus kepada cuma 5 peratus. Beliau memberi alasan bahawa ia berpunca daripada kemelesetan ekonomi dunia akibat Perang Teluk (yang meletus pada 2 Ogos 1990). Selain itu beliau menyalahkan kejadian penyelewengan di kalangan “ajen-ajen”.



15 Januari 1991 – Keadaan semakin teruk, Pak Man Telo gagal membayar pulangan dividen yang dijanjikan. Para pelabur berkerumun di rumahnya bagi menuntut kembali wang pelaburan masing-masing. Kekecohan terjadi dan kereta Pak Man Telo turut dirosakkan.



28 Februari hingga 5 Mac 1991 – Enam orang lelaki telah menculik anak lelaki Pak Man Telo, Abdul Razak Affendi (19 tahun), dan mengurungnya di Hotel Tropicana, Kuala Lumpur, namun mereka semua berjaya diberkas oleh pihak polis.



15 Mac 1991 – Para penculik anak Pak Man Telo telah dihadapkan ke mahkamah.



6 April 1991 – Seorang pelabur Skim Pak Man Telo akhirnya membuat laporan polis mengenai penyelewengan yang berlaku. Pak Man Telo kemudian telah ditahan selama beberapa minggu oleh pihak polis dari Bukit Aman, Kuala Lumpur. Selepas itu Pak Man Telo telah dibuang daerah di Kuala Terengganu, Terengganu.



17 Julai 1991 – Hasil siasatan lanjut, Bank Negara Malaysia telah mendakwa Pak Man Telo di mahkamah atas tuduhan mengambil deposit sebanyak RM99.09 juta daripada orang ramai (dianggarkan 50 ribu orang) tanpa memiliki lesen. Pak Man Telo tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Beliau dibenarkan ikat jamin sebanyak RM2 juta sementara menunggu perbicaraan pada awal 1992.



2 Mac 1992 – Setelah perbicaraan selesai, Pak Man Telo yang ketika itu berusia 65 tahun telah didapati bersalah buat kali kedua, dan mahkamah menjatuhkan hukuman ‘penjara setahun’ dan ‘denda RM500 ribu atau penjara setahun’.Pak Man Telo akhirnya merengkok dalam penjara selama setahun bermula pada tarikh beliau ditahan (17 Julai 1991). Bagi hukuman kedua, Pak Man Telo gagal membayar denda RM500 ribu dan beliau dipenjarakan lagi selama setahun bermula pada 2 Mac 1992.



Akhbar melaporkan kes skim cepat kaya Pak Man Telo sebagai “salah satu skandal kewangan yang terbesar” di Malaysia, setanding dengan kes Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan kehilangan lebih RM22 juta dari Bank Negara Malaysia.



Bezanya, Pak Man Telo hanyalah seorang bekas wartawan dan bukanlah pakar dalam bidang ekonomi atau pun berkemahiran dalam sistem kewangan, tetapi dengan hanya bersandarkan kepercayaan daripada orang ramai, beliau mampu ‘berskandal’ (walaupun akhirnya tumpas) melibatkan jumlah wang yang sangat melampau.



Nota tambahan:



Menurut Kamus Dewan, skim bermaksud “rancangan”, dan skim cepat kaya bermaksud “skim pelaburan yang kononnya boleh memberikan pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan”.



Asal usul nama gelaran “Pak Man Telo” (Osman Hamzah) tidak diceritakan dalam artikel yang dirujuk. Dalam arena hiburan tempatan, seorang pelawak pentas pada hujung 1980-an pernah menggunakan nama Pak Man Telo (beliau pernah berlakon filem Janda Meletup pada 1990), tetapi beliau bukanlah Osman Hamzah.



Selain Skim Pestama Berhad (Skim Pak Man Telo) yang secara haram mengumpul sebanyak RM99.09 juta wang deposit orang ramai, terdapat banyak lagi skim cepat kaya yang pernah beroperasi di Malaysia sehingga awal 1992, antaranya ialah:

Skim 350 (mengumpul deposit RM70 juta)

Skim Tingcon Credit Development Sdn Bhd (RM60 juta)

Skim Permata Bakti (RM30 juta)

Skim 120 (RM20 juta)

Skim Permata Mahir (RM19 juta)


Skim Sri Emas Enterprise (RM10 juta)

Saturday, 25 April 2015

[INFO]Mengapa Wanita Lebih Cepat Tua Dari Lelaki?

Wanita rajin memakai pelembab untuk menahan kulit keriput terlalu awal. Tapi kulit wanita masih juga lebih cepat terlihat tua berbanding lelaki padahal lelaki jarang memakai pelembab.

Sebelumnya penyelidik sudah menduga hal ini sejak lama, namun kajian ini menunjukkan bukti yang lebih saintifik. Dalam Aesthetic Surgery Journal, Dr Foad nahai, seorang ahli bedah di Atlanta mengatakan bahawa kulit lelaki tidak bertambah tua secepat kulit wanita.













“Perbezaan ini ternyata disebabkan karena wanita mempunyai kelenjar peluh (sebaceous glands) yang lebih sedikit daripada lelaki,” ujar Dr Moshe Kon dari University Medical Centre Utrecht,



Sebaceous glands atau kelenjar peluh berfungsi mengeluarkan minyak yang akan membuat kulit tetap lembut. Pada wanita, jumlah kelenjar tersebut sangat sedikit sehingga seiring berjalannya waktu, wanita akan tampak lebih tua berbanding lelaki, terutama di daerah sekitar mulut yang akan lebih berkeriput.

Penyelidik memfokuskan kajian pada daerah wajah, iaitu pada bahagian sekitar mulut, baik atas sebelah maupun bawah. Selain kelenjar keringat yang lebih sedikit, yang membuat wajah seorang wanita kelihatan lebih tua berbanding lelaki adalah sekurang-kurangnya pembuluh darah yang mengalir di daerah mulut.

Otot-otot mulut yang terdapat pada wanita juga lebih dekat pada kulit.Akibatnya kulit akan tertarik dengan kencang tapi lebih cepat pula berkeriput.Kelebihan lelaki yang membuatnya lebih awet muda daripada wanita ternyata juga terdapat pada kelenjar peluh dalam setiap folikel rambutnya.

“Lelaki punya kelenjar keringat lebih banyak per setiap folikel rambutnya yang akan membuat kulitnya lebih lambat mengalami penuaan,” kata Dr Kon.

Beberapa penyebab penuaan yang lebih cepat pada wanita juga disebabkan oleh menipisnya hormon estrogen menjelang masa menopause yang membuat aliran darah berkurangan dan menyebabkan garis-garis halus dan kerutan di kulit.

Satu penemuan penting lagi dari kajian ini adalah, tulang rahang wanita akan menciut lebih cepat jika sudah tua berbanding lelaki. akibatnya, bahagian untuk menopang kulit tidak ada lagi dan akhirnya muncullah kerutan.

“Cara paling baik agar kulit tetap terlihat muda adalah mengelakkan merokok, sinar matahari dan usahakan pakai pelembab kemanapun anda pergi,” kata Dr Jessie Cheung, dermatolog dari NYU Langone Medical Centre, New York City.