Showing posts with label CANGGIH. Show all posts
Showing posts with label CANGGIH. Show all posts

Friday, 22 May 2015

10 Jet Pejuang Paling Canggih Dan Terbaik Di Dunia

Banyak sebenarnya jet pejuang yang canggih dan hebat tetapi 10 pesawat tempur dalam artikel ini memiliki keistimewaan yang tersendiri. Berikut adalah 10 jet pejuang tercanggih dan terbaik di dunia pada masa kini.


1. Lockheed Martin F-22 Raptor
Negara: Amerika Syarikat



Lockheed Martin F-22 Raptor

F-22 Raptor merupakan jet pejuang buatan Amerika Syarikat. Pesawat ini merupakan generasi keempat yang dirancang untuk dijadikan pesawat tempur terhebat di udara untuk digunakan menghadapi jet pejuang Soviet Union.

Jet pejuang ini dilengkapi peralatan untuk serangan darat, peperangan elektronik dan untuk signal intelligence.

Lockheed Martin Aeronautics adalah kontraktor utama yang bertanggungjawab membina sebahagian besar badan pesawat, persenjataan dan final assembly F-22.

Program partner seperti Boeing Defense, Space & Security menyediakan sayap, peralatan avionik, aft fuselage dan sistem latihan.

Lockheed Martin mengakui Raptor mempunyai kombinasi seperti stealth, kelajuan, ketangkasan, ketepatan dan situasi kesedaran, kombinasi air-to-air dan air-to-ground kombat.

Dengan segala keupayaan ini, ia dianggap sebagai pesawat yang paling canggih di dunia setakat ini.

SPESIFIKASI F-22 RAPTOR:

CIRI-CIRI UTAMA:


  • CREW: 1 Orang

  • PANJANG: 18.90 meter

  • TINGGI: 5.08 meter

  • RENTANG SAYAP: 13.56 meter

  • BERAT KOSONG: 19,700 kg

  • BERAT ISI: 29,000 kg

PRESTASI


  • KELAJUAN MAKSIMUM: 1,498 mph (2,410 km/h)

  • JARAK: 1,839 batu (2,960 km)

Tuesday, 5 May 2015

BEST LAGI PERMAINAN NI DARI 'GADGET' CANGGIH KORANG TU




BEST LAGI PERMAINAN NI DARI 'GADGET' CANGGIH KORANG TU | Jika anda lahir dalam tahun 80an, anda mesti ingat permainan tradisional yang akan kami senaraikan dalam artikel ini. Cukup mengimbau memori, tak perlu gadget canggih sudah cukup menggembirakan hati dapat bermain bersama rakan-rakan dan jiran sekeliling. 



#1 Konda Kondi







Dengan hanya menggunakan dua batang ranting, anda boleh bermain selagi anda mempunyai dua kumpulan yang sederhana besar. Seorang pemain akan menggunakan salah satu daripada kayu untuk memukul kayu lain ke udara supaya pasukan lawan akan menangkapnya. Cubalah!