Thursday, 18 June 2015
SUBHANALLAH ~ Kisah Pakcik Tua Memakai Kostum Untuk Mencari Sesuap Nasi
*****Seorang lelaki tua , Suardi, yang berusia #74 tahun menghidap penyakit Angin Ahmar kelihatan masih tabah meneruskan pekerjaannya sebagai penghibur jalanan dengan memakai kostum Winnie The Pooh semata-mata untuk menampung kehidupannya serta keluarga.
*Bagaimanapun perihal lelaki tua ini kini mendapat perhatian dan menjadi sensasi di Indonesia yang mana rata-rata mereka menunjukkan rasa prihatin terhadap lelaki yang berusia ini.
*Dia yang bangun awal subuh keluar ke rumah untuk meneruskan pekerjaannya ini menghiburkan masyarakat demi meraih pendapatannya . Dia akan bergerak dari rumah ke rumah ataupun ke mana sahaja lokasi sebelum pulang dengan hasil yang tidak seberapa iaitu kira-kira 500,000Rp lebih kurang RM30 sehari.
*Itulah perkara yang dilakukannya setiap hari semata-mata mencari rezeki yang halal demi meneruskan kehidupan.
*Namun bagaimanapun , biar hanya sebagai penghibur seperti itu , dia dilaporkan mampu untuk menyara diri dan keluarganya sehinggalah pada hari ini.
*Dia pada kebiasaannya akan berjalan sejauh beberapa kilometer dengan memakai kostum tersebut di sekitar Sidarjo.
*Namun , selepas berita mengenainya mendapat perhatian di kalangan rakyat Indonesia dan diketahui umum, rezekinya semakin bertambah dan mampu meraih lebih dari kebiasaannya, kira-kira RM140 sehari.
*Susulan itu , dia semakin bersemangat untuk meneruskan pekerjaannya itu biarkan kesihatannya pada tahap yang kritikal.
*Bagaimanapun , rata-rata pengguna internet Indonesia menyuarakan suapaya dia berhenti dari melakukan pekerjaannya itu.
No comments:
Post a Comment