Friday, 19 June 2015
Kecewa, Terkilan Dan Sedih... Isteri Yang Hamil 4 Bulan Hanya Tahu Suami Kahwin Lain Selepas Suami Maut Kemalangan
#KOTA TINGGI 17 Jun - Pasangan pengantin yang baru bernikah beberapa hari lalu , Rohayu Abas, 29, dan suaminya, Abdullah Suhaime Abd. Rahman, 30, maut apabila kereta Ford Fiesta mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 42.2, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen Petron, Batu 1 Jalan Mawai di sini hari ini.
#Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah ibu pengantin lelaki, Rokiah Abu Bakar, 52.
#Ketua Polis Daerah Kota Tinggi , Super-intenden Rahmat Othman berkata, nahas berlaku pada pukul 5.05 pagi apabila kereta yang dinaiki mereka dari arah Mersing menuju ke Johor Bahru hilang kawalan lalu bertembung dengan lori berkenaan.
#Menurutnya, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian , manakala pemandu lori, Mohamad Amirul Faiz Azman, 23, yang berasal dari Felda Pasak di sini, hanya cedera ringan di mata akibat terkena serpihan kaca dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).
#“Semasa kejadian , Abdullah yang berkhidmat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dikatakan duduk di sebelah pemandu, manakala ibunya di bahagian belakang. Rokiah cedera teruk di bahagian kepala dan terhumban keluar akibat kemalangan itu,” katanya.
#Rahmat berkata , mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari kampung Rohayu di Bandar Permaisuri, Terengganu ke Johor Bahru atas urusan keluarga.
#Sementara itu , isteri pertama mangsa , Farah Fadila Faizal , #27 , berkata, dia terkilan kerana hanya mengetahui suaminya berkahwin lain selepas dimaklumkan dengan khabar sedih itu oleh pihak polis.
#“Sebaik sahaja dimaklumkan tentang kemalangan itu , barulah saya tahu yang suami sudah bernikah dengan wanita lain,” jelasnya.
#Dia yang sudah dua tahun berkahwin dengan Abdullah Suhaime dan sedang hamil empat bulan memberitahu, dia dimaklumkan mengenai nahas itu menerusi WhatsApp daripada rakan-rakan.
#“Ahad lalu suami beritahu bahawa dia pergi kursus selama beberapa hari. Saya ada kirim khidmat pesanan ringkas menerusi telefon beberapa hari lepas mengadu kaki saya sakit, namun dia tidak balas.
#“Saya juga tidak tahu ibu mentua dan wanita itu turut ikut bersamanya sehinggalah pagi ini apabila dimaklumkan tentang nahas itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi (HKT).
#Sementara itu, adik Abdullah Suhaime, Maizatul , #25 , memberitahu, dia mendapat berita kira-kira pukul 7 pagi daripada ibu saudaranya yang dihubungi anggota polis sebelum mereka terus ke HKT bersama bapanya Abd. Rahman Ali, 58.
#Dia hanya mengetahui ibu, abang dan kakak iparnya maut sebaik sahaja sampai di balai polis.
#“Rohayu merupakan isteri kedua abang dan mereka baharu melangsungkan pernikahan di Terengganu. Mereka ke Terengganu kira-kira tiga hari yang lepas.
#“Saya dan abang hanya dua beradik . Selepas tidak tinggal bersama kami jarang berbual. Malah sejak akhir-akhir ini, dia juga tidak seperti selalu, sudah tidak seceria ketika kami tinggal bersama,” katanya.
#Menurutnya , kesemua jenazah akan dibawa ke Pahang untuk dikebumikan di kampung neneknya di Kampung Kuala Sentul.
No comments:
Post a Comment