Tuesday, 5 May 2015

RIBUAN ORANG TIBA-TIBA BERBASIKAL SAMBIL TIDAK BERPAKAIAN DI PORTLAND, AS




RIBUAN ORANG TIBA-TIBA BERBASIKAL SAMBIL TIDAK BERPAKAIAN DI PORTLAND, AS | Pelancong yang datang ke Bandar Portland, Oregon, Amerika Syarikat pada Jumaat 7 Jun 2014 terkejut bukan kepalang. Ribuan orang, baik lelaki atau wanita naik basikal sambil bogel keliling bandar. Inilah World Naked Bike Ride yang berlangsung tiap tahun!



World Naked Bike Ride di tahun ini memasuki kali ke-11. World Naked Bike Ride sebenarnya berlangsung di 75 bandar di AS dan di lebih dari 20 negara lain. Tapi, World Naked Bike Ride di Portland terkenal dengan peserta paling banyak. Buktinya, tahun 2013 saja diikuti oleh 8,000 peserta.




Pada World Naked Bike Ride di Portland ini, Ribuan penunggang basikal tidak menggenakan sehelai benang pun untuk menutupi tubuh. Meski, ada beberapa orang yang memakai aneka pakaian untuk menutupi bahagian intim, body painting, serta ada peserta yang menambah aksesori topi dan rantai. 




Salah seorang peserta World Naked Bike Ride yang menghiasi tubuhnya dengan body painting



Para pelancong dan masyarakat tempatan tentu dibuat terkejut. Para penunggang basikal bogel memadati jalanan, yang titik start bermula dari Taman Normandale. Tentu, World Naked Bike Ride terkenal dengan tema 'as bare as you dare'. Para penunggang basikal pun membunyikan loceng dan bersorak-sorai sambil mengayuh basikal. 





Acara ini diadakan dalam rangka kempen pemuliharaan alam sekitar dan protes terhadap penggunaan bahan bakar minyak (gambar ini disunting disini dan gambar lain tidak boleh dipaparkan disini demi kesantunan)



Lalu apakah maksud dan tujuan acara ini? "Ini adalah pesta dan juga bentuk protes tentang pergantungan bahan bakar minyak dan kereta. Ini gerakan untuk berbasikal dan kebaikannya untuk tubuh," ujar juru bicara dari World Naked Bike Ride, Carl Larson



World Naked Bike Ride memang selalu mencuri perhatian pelancong tiap tahunnya. Para pesertanya kelihatan bersenang-senang mengayuh basikal tak peduli seberapa sejuk dan panasnya cuaca. Tujuannya supaya masyarakat kembali mahu berbasikal untuk pengangkutan sehari-hari.

No comments:

Post a Comment