Selama ini kita tahu bahawa obesiti disebabkan oleh pola makan yang tidak sihat serta kehidupan yang tidak sihat. Namun, ternyata obesiti bukan hanya disebabkan oleh pola makanan dan cara hidup seseorang tetapi juga boleh disebabkan oleh orang-orang terdekat seperti suami.
Suami boleh menjadi penyebab utama seorang wanita menjadi obesiti. Seperti yang terjadi pada pasangan suami isteri lelaki bernama Josh dan isterinya bernama Bettie Jo (24).
Pasangan yang tinggal di Boston ini merupakan pasangan yang cukup unik, dimana si suami sengaja membuat isterinya menjadi sangat gemuk agar ia tidak takut kehilangan isteri.
Berat badan Bettie diketahui sudah menjadi 300 kg, di mana berat badan ini boleh membahayakan kesihatan Bettie dan boleh mendatangkan kematian.
Tetapi Bettie sudah merasa tidak selesa dengan tubuhnya yang terlalu besar, kerana tidak boleh melakukan kegiatan sehari-hari dengan seorang diri. Ia selalu harus dibantu oleh si suami untuk melakukan kegiatannya, seperti makan, mandi, memakai pakaian dan lain-lain.
Namun, si suami Josh sangat setia membantu Bettie, bahkan Josh selalu ada untuk Bettie apabila Bettie ingin meminta bantuan dan Josh melakukanya dengan penuh kasih sayang.
Tapi, doktor menyarankan agar Bettie segera menurunkan berat badannya, jika tidak usianya tidak akan boleh panjang, bahkan Bettie dikatakan boleh meninggal sebelum usia 30 tahun. Kerana Bettie sangat mencintai Josh ia pun melakukan diet ketat untuk menurunkan berat badannya.
Josh pun akhirnya menyokong Bettie meskipun ia merasa sangat sedih, dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang, Bettie dan Josh saling membantu untuk menurunkan berat badan Bettie yang berlebih tersebut.
No comments:
Post a Comment