Kepada yang belum mengetahui apa itu nasi kangkang, Sebenarnya nasi kangkang adalah tergolong dalam kategori sihir pengasih dan kadangkala menggunakan sihir perantaraan jin dan syaitan.
Selalunya pembuat nasi kangkang akan memasak nasi panas-panas dan meletakkan didalam pinggan. Seterusnya “si perempuan” akan memakai kain batik beserta duduk keadaan mencangkung dan meletakkan nasi tadi betul-betul dibawah kemaluan.(seperti gambar diatas)
Hasil daripada wap tersebut maka terhasilnya air dan apabila air itu menitis di atas nasi maka selesailah sesi membuat nasi kangkang. Kesannya lagi “power” jika perempuan yang membuat nasi kangkang ketika datang haid.
Selepas selesai membuat nasi kangkang maka nasi itu dihidangkan kepada lelaki yang hendak dijadikan mangsa kepada perempuan itu. Lelaki yang memakan nasi kangkang biasanya akan menjadi terlalu sayangkan kepada perempuan itu dan menjadi gila bayang. Lelaki itu juga akan benci kepada perempuan lain kecuali kepada perempuan yang memberi nasi kangkang.
Amalan ini merupakan amalan syirik yang perlu dijauhi oleh orang Islam. Sesungguhnya perbuatan ini merupakan satu dosa dan boleh mengheret kita kepada ke lembah neraka. Diharap supaya gejala yang tidak sihat ini dijauhkan dalam kalangan masyarakat kita. Semoga kita semua mendapat berkat dari Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment