Seorang etnik Rohingya yang berjaya diselamatkan di Acheh, Hasan Ali dengan suara yang lemah telah menceritakan pengalamannya belayar selama beberapa bulan tanpa makanan dan minumana kepada CNN Indonesia, Hasan menceritakan yang kaumnya diskriminasi dan dilayan dengan kejam di Myanmar.
Hasan bersama lebih dari 300 warga Rohingya dan Bangladesh diselamatkan oleh penduduk tempatan Acheh Timur pada 20 Mei lalu dan di tempatkan di meunasah (bagunan yang dibina khas di kampung-kampung untuk tujuan pelajaran agama), diberi pakaian, tempat bersuci dan makanan yang disumbangkan oleh penduduk kampung.
"Tiga bulan kami tidak makan, kini kami makan," kata Hasan sambil terisak mengalirkan air mata ketika diberikan dua piring berisi penuh nasi. Melihat Hasan menangis, warga lainnya juga turut mengalirkan air mata.
Menurut Hasan dia melarikan diri dari Myanmar selepas mendapat berita dari kawannya yang kini sedang berada di Thailand yang hidup tanpa sebarang tekanan tidak seperti hidup dalam buangan di Myanmar.
Semasa ditengah laut, pelbagai rintangan yang dihadapi apabila semasa baru memulakan perjalanan datang 5 orang warga Myanmat cuba merosakkan kapal mereka.
"Apabila sampai ke Thailand kami dilarang untuk mendekati negara tersebut dan makanan telah dijatuhkan dengan helikopter."
"Ada dapur di kapal, untuk memasak nasi dan garam. Mi segera kami makan mentah tanpa dimasak," kata Hasan.
Hasan kini bersyukur sangat selepas diselamatkan oleh warga tempatan selepas diselamatkan pada hari makanan yang mereka terima dari Thailand habis. Kini, di sudah boleh memakai pakaiaan yang sedikit elok, makan yang kenyang, dan tanpa rasa takut akan kehilangan nyawa di laut.
Sedah menjangkau ribuan warga Rohingya yang yang dibantu di beberapa lokasi di Acheh. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment