Mata merupakan salah satu anggota badan yang digunakan untuk melihat dunia ini. Ia adalah suatu anugerah yang bernilai yang dikurnikan untuk kita supaya dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna.
jom kita ikuti apakah rahsia dan fakta yang selama ini tidak pernah diketahui.
1. Mata sentiasa membuat pergerakan dari tepi ke tepi untuk memastikan imej yang dilihat tidak hilang dari pandangan mata.
2. Purata manusia berkelip mata adalah 17 kali seminit.
3. Mata tidak akan berubah saiz semenjak lahir sehingga dewasa. Tetapi mata cuma boleh melihat sedekat 15 inci ketika kita lahir.
4. Yang sebenarnya, mata menerima imej adalah secara terbalik, tetapi otak manusia yang memutarkan imej tersebut.
5. Imej yang diterima pada kedua-dua belah mata adalah separuh sahaja.
6. Kandungan air mata yang dihasilkan oleh anda mempunyai kandungan yang berbeza untuk setiap emosi yang anda alami. Contohnya air mata sedih, ketawa, gembira, sakit, dan lain-lain.
7. Mata tidak boleh menerima dan proses warna merah. Otak yang bertindak untuk mencampurkan warna hijau dan kuning untuk menjadi merah.
8. Jika anda mata berwarna biru, ini maksudnya anda mempunyai keturunan yang sama dengan orang lain yang mempunyai mata biru.
9. Jika anda bermata coklat, maksunya anda mempunyai warna mata yang mula-mula wujud di dunia. Mata berwarna biru mulai wujud 6,000 tahun lalu.
10. Penglihatan tepi sebenarnya berwarna hitam putih dan kabur. Otak yang membantu untuk membuatkan ianya terang dan berwarna.
11. Jika anda ada penglihatan kemudian menjadi buta, anda masih lagi bermimpi boleh melihat imej.
12. Mempunyai penglihatan 20/20 bukan bermakna penglihatan anda baik. tetapi ianaya bermaksud anda boleh melihat 20 kaki seperti kebanyakan orang normal ysng lain.
13, Jika anda rabun jauh, bola mata anda panjang daripada normal. Jika rabun dekat, ianya akan menjadi pendek.
No comments:
Post a Comment