Kereta api canggih berkelajuan tinggi akan memudahkan perjalanan jemaah daripada Mekah ke Madinah.
Ini merupakan projek Haramain High Speed Rail yang juga dikenali sebagai Mekah-Madinah High Speed Train. Perjalanan kereta api antara bandar ini adalah sejauh 453.0 kilometer di bawah pembinaan Arab Saudi.
Ia akan menghubungkan bandar-bandar suci Madinah dan Mekah melalui Bandaraya Ekonomi Raja Abdullah, Rabigh, Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz. Ia juga akan disambungkan dengan rangkaian kebangsaan di Jeddah.
Projek yang bermula pada tahun 2009 ini telah lewat selama dua tahun dari perancangan awal yang sepatutnya mula beroperasi pada tahun 2012. Namun kini ia sedia memulakan operasi secara berperingkat dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Disember 2015.
Kereta api ini dijangka akan membawa lebih tiga juta orang penumpang setiap tahun termasuk jemaah haji dan umrah bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalanraya.
No comments:
Post a Comment